Tuesday 1 April 2014

tolong wak perangai pulak...

Monolog Cinta

Cinta itu indah.
Terkandung bait-bait madah.
Menggugah rasa bahagia tapi tidak berwajah.
Dua hati bertaut erat tanpa dibiarkan pecah terbelah.
Tiada siapa yang boleh gegah mencelah.
Rela mencinta walau terpaksa dipapah.
Sanggup berkorban keringat tercurah.
Cinta datang secara rela tanpa diperintah.
Menyayangi tanpa perlu dikerah.
Membuatkan si hati berbunga merona merah.
Nikmatnya cinta hanya diri sendiri yang mampu merasa indah.
Tidak menyumpah seranah yang ada hanya kata-kata indah.
Jauh sekali merasa membenci yang ada hanya rasa sayang yang sentiasa menambah.
Cinta itu suci seperti air di kolah.
Suci tanpa nafsu yang memamah.
Cinta suci mahu bersama seiring langkah.
Janji disepakati mahu bersama menongkah.
Mempaterikan kejujuran kudrat tertumpah.
Tidak perlu jampi serapah.
Memadai sekadar setia bertakhta sudah.
Cinta itu melonjak ghairah.
Jadi bercinta perlu menjaga agama dan maruah.
Barulah Allah mengundang rahmah.
Cinta memerlukan kita jadi amanah.
Supaya hati tidak mudah goyah.
Hindari rasa dengki mendengki supaya hati tidak bernanah.
Kadang-kadang perit cinta seperti terkena busar memanah.
Tapi kita tetap kuat kerana ujian menjadikan kita tidak mudah patah.
Cinta terkadang buat kita berbalah.
Harus bijak mengatasi supaya rindu sentiasa berbuah.
Cinta itu terkadang diuji sehingga kita rebah.
Tapi kita tetap berusaha dan jarang mengalah.
Tiada rasa hambar walau kadang-kadang terasa marah.
Terkadang cinta membuatkan air mata terbongkah.
Tetapi itulah kunci yang membuatkan kita jadi semakin bahagia jauh sekali gundah gelisah.
Cinta ini dilihat mudah tetapi hakikatnya ia payah.
Perlukan pengorbanan dan menjadi gagah.
Tidak mudah seperti apa ditutur luah.
Cinta juga kadang-kadang membuatkan perasaan perasaan kita seperti ditelah.
Cinta itu tiada bersalah.
Sampai masa cinta pasti akan berakhir merekah.
Kita pasti akan merasa jerit lelah.
Adakah cinta itu merupakan satu musibah?
Rupanya cinta manusia tidak selamaya indah.
Perginya cinta seperti rasa kejam dibelasah.
Tika itu kita perlulah pasrah dan jangan resah.
Sampai masanya manusia akan mati dan menemui yang Maha Pemberi Hidayah.
sedarlah, Allah maha mengusung kita ke lembah cinta penuh barakah.
Cinta sejati adalah mencintai Allah.
Menyemai rindu sentiasa di atas sejadah.
Doa dipohon tangan menadah.
Bibir sentiasa basah mengucap kalimah memuji Allah.
Mencapah cinta-Nya dan dibiarkan bersepah.
Agar semua orang berlumba mencinta Allah.
Inilah cinta terarah.
Marilah sama-sama kita mencintai Pencipta Cinta yang Maha Gagah...